Thursday, 11 July 2013

Rahsia Di Sebalik Kuntuman Mawar...

Salam sayang semua....

Berjumpa lagi di blog ini dan kali ini seperti yang dijanjikan De Bunga akan mengungkap rahsia di sebalik sekuntum Bunga Mawar atau juga dikenali sebagai Bunga Ros.



Bunga Ros selalunya digunakan untuk sesuatu acara yang istimewa.  Dikirimkan untuk seseorang yang teristimewa atau yang diminati secara rahsia dengan niat untuk menterjemahkan isi hati dan perasaan. Ros juga diberikan dengan tujuan untuk memohon maaf, sebagai tanda persahabatan, meraikan kejayaan teman - teman dan banyak dihadiahkan semasa majlis graduasi atau konvokesyen.




Setiap warna Ros dan jumlahnya membawa makna dan maksud yang unik serta tujuan yang berbeza. Di sini De Bunga akan berkongsi dengan anda Warna - warna Bunga Ros dan maksudnya agar anda mudah membuat keputusan untuk mengirimkan Ros kepada yang tersayang selepas ini. :)



  • Ros Merah
Lambang  CINTA Sejati & Penghormatan. Semangat dan keghairahan.

Kirimkan kekasih anda atau seseorang yang anda minati dalam diam untuk memberitahu si dia cinta di dalam hati anda dan ucapkanlah "I LOVE U"




  • Ros Merah Jambu (Pink)
Dirahmati & Kesejahteraan. Bunga yang dikaitkan dengan kenangan & ingatan yang manis.

Kirimkan Ros Merah Jambu ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih anda kepada seseorang dengan mengucapkan Terima Kasih. 
Ros Merah Jambu Muda dikirim sebagai tanda simpati dan juga kekaguman.


  • Ros Kuning
Semasa zaman Victoria Ros Kuning bermaksud cemburu tetapi pada masa  kini Ros Kuning bermaksud persahabatan, rasa riang, sukacita dan kebebasan....dan juga sebuah janji untuk permulaan yang baru.

Hantarlah sejambak Ros Kuning untuk menceriakan hari seseorang dan juga sebagai ucapan tahniah kepada sahabat atau yang tersayang sempena sesuatu acara yang menggembirakan.

  • Ros Putih
Ros Putih sebagai lambang CINTA yang suci dan keikhlasan. Juga sebagai Ros Pengantin dan juga BUNGA pengakuan..

Digunakan secara meluas sebagai BUNGA hiasan pelamin dan bungan tangan pengantin semasa majlis perkahwinan sebagai simbol cinta suci. Namun begitu, Ros Putih juga boleh dikirimkan untuk menyampaikan mesej " I MISS U" dan juga "Awak lah syurga saya"





  • Ros Jingga
Melambangkan keinginan yang penuh kegharaihan, semangat yang murni dan daya tarikan yang tinggi.

Merupakan pilihan yang terbaik untuk permulaan hubungan baru yang anda harapkan untuk pergi lebih jauh. Ros Jingga juga boleh juga menjadi simbol kepada suatu perkongsian perniagaan yang baru.



  • Ros Ungu
Juga dikenali sebagai Lavender Rose yang merupakan tanda CINTA pada pandangan pertama (Love at the first sight). Rasa terpukau.

Ros Ungu dikirimkan kepada seseorang yang istimewa sudah pastilah untuk menyatakan yang anda telah "jatuh cinta pandang pertama" dengan si dia. Juga boleh dikirimkan untuk menyatakan sesuatu yang istimewa.




Ok itu sahaja untuk kali ini... Untuk post yang akan datang De Bunga akan berkongsi pula makna di sebalik bilangan kuntum mawar yang dikirim. Jumpa lagi...


No comments:

Post a Comment